Published - Thu, 24 Aug 2023
Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.
Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.
Mengasaskan Kelab Guru Malaysia di Facebook untuk menghimpunkan guru-guru Aktif, Kreatif, Inovatif dan Positif pada April 2010. Komuniti yang kian berkembang dengan kerjasama yang lebih luas dengan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Mengasaskan Modul Penguasaan Google Classroom Malaysia pada tahun 2020 telah berjaya melatih lebih 23,000 guru menguasa penggunaan Google Classroom. Peningkatan penggunaan yang sangat ketara sehingga mendapat perhatian Marc Woo (Country Head Google Malaysia) menyentuh tentang 'Fenomena Luar Biasa' ini di dalam ucapannya dalam webinar bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Mengasaskan Akademi Youtuber Malaysia ( AYU ) pada 2 Julai 2020 khusus untuk melatih guru-guru menguasai Modul penguasaan Youtube Studio. Lebih 1,200 Youtuber telah berjaya dilahirkan dengan penerbitan lebih 25,000 video pendidikan di pelantar Youtuber. Usaha ini juga turut mendapat perhatian daripada Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Samsilah Roslan melalui ucapannya dalam liputan Astro Awani berkaitan pembelajaran dari rumah di saat negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
Melancarkan Aplikasi Android Akademi Youtuber untuk memudahkan Pelajar, Guru dan Ibu Bapa mengakses video pendidikan untuk kegunaan anak-anak melalui peranti Android masing-masing.
Melancarkan Aplikasi Kuiz AYU untuk kegunaan pertandingan-pertandingan Kuiz Peringkat Kebangsaan dan turut disajikan kuiz-kuiz mata pelajara bermula pra sekolah hingga matrikulasi untuk latih tubi secara dalam talian percuma untuk para pelajar.
Mengasaskan Fakulti Maya (FMC) sebagai kesinambungan Akademi Youtuber untuk melahirkan lebih banyak 'Modul Penguasaan' yang disusun di dalam sistem pembelajaran dalam talian yang lebih sistematik. Pelantar yang menghimpunkan pelajar dan juga tenaga pengajar dari pelbagai bidang untuk menjadikan dunia pembelajaran digital lebih menarik, meriah dan boleh diakses pada bila-bila masa.
MUHAMMAD SUFFI BIN YUSOF
Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia
Guru Inspirasi Mc Donald's Malaysia
Ikon Guru Pendidikan Maya Negeri Perak
Ikon Guru Pendidikan Maya Daerah Manjung
Mon, 18 Sep 2023
Mon, 18 Sep 2023
Thu, 24 Aug 2023
Write a public review