Published - Mon, 05 Dec 2022
FakultiMaya.Com solusi terbaik untuk pelancaran modul pembelajaran secara maya dengan beberapa fitur menarik istimewa untuk semua!
Kami mempelawa semua para ilmuan untuk menjadikan pelantar ini sebagai pelantar pembelajaran dan dokumentasi ilmu pengetahuan yang anda miliki untuk dimanfaatkan oleh orang lain.
AYUH SERTAI KAMI!
Tiada Kos Penyertaan
Tiada Kos Pendaftaran
Anda boleh menyediakan modul pembelajaran berdasarkan kategori-kategori yang telah dibuka secara PERCUMA! dan juga menyokong sistem perkongisna ilmu *berbayar.
KELEBIHAN MENJADI TENAGA PENGAJAR DI FAKULTIMAYA.COM
✓ Permohonan percuma!
✓ Memberi kebebasan kepada pengguna untuk belajar mengikut masa mereka.
✓ Kebebasan menyusun modul pembelajaran mengikut topik.
✓ Penggunaan pelbagai media termasuk video dari channel para youtuber.
✓ Statistik pengguna sebagai rekod pencapaian jumlah individu memanfaatkan perkongsian anda.
✓ Kebebasan tenaga pengajar untuk berkarya tanpa had bahagian dan bahan pembelajaran.
✓ Kuiz / Ujian di akhir modul juga boleh disertakan dalam pelaksanaan modul.
✓ Eviden 'Real-Time' untuk sistem penilaian pengguna terhadap modul pembelajaran yang diterbitkan.
✓ Tiada had perkongsian modul pembelajaran.
✓ Juga menyokong kursus *berbayar untuk modul pembelajaran kemahiran pertengahan dan tinggi.
Fakulti Maya akan mempercepatkan proses pembelajaran para pengguna dengan lebih sistematik dan menyeronokkan!
Sistem yang dibangunkan memudahkan para pengguna untuk memantau pencapaian semasa untuk setiap pernyertaan modul pembelajaran dengan melihat kepada peratusan mengikuti sesuatu kursus dengan lebih teratur. Pengguna juga boleh berkomunikasi dengan tenaga pengajar dari semasa ke semasa. Aliran pembelajaran bersistematik ini akan mempercepatkan proses penguasaan sesuatu modul.
Semoga semua yang memiliki ilmu pengetahuan dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dapat menjadikan pelantar ini sebagai perantara penyampaian ilmu secara dalam talian dengan lebih berkesan.
Seruan untuk semua Youtuber Pendidikan, Google Certified Educator, Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE), Edufluencer KPM, Apple Teacher, Cikgu Juara Digital, Duta Guru dan lain-lain pengiktiran untuk para ilmuan untuk menyertai kami. Kebebasan menyusun modul pembelajaran diberikan sepenuhnya kepada anda!.
"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"
Muhammad Suffi Bin Yusof
Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia
Kelab Guru Malaysia (Facebook) | Akademi Youtuber Guru Malaysia | Fakulti Maya Dot Com
https://www.cikgusuffi.com
https://www.youtube.com/cikgusuffi
https://www.facebook.com/cikgusuffi
https://t.me/suffi
Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.
Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.
Mengasaskan Kelab Guru Malaysia di Facebook untuk menghimpunkan guru-guru Aktif, Kreatif, Inovatif dan Positif pada April 2010. Komuniti yang kian berkembang dengan kerjasama yang lebih luas dengan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Mengasaskan Modul Penguasaan Google Classroom Malaysia pada tahun 2020 telah berjaya melatih lebih 23,000 guru menguasa penggunaan Google Classroom. Peningkatan penggunaan yang sangat ketara sehingga mendapat perhatian Marc Woo (Country Head Google Malaysia) menyentuh tentang 'Fenomena Luar Biasa' ini di dalam ucapannya dalam webinar bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Mengasaskan Akademi Youtuber Malaysia ( AYU ) pada 2 Julai 2020 khusus untuk melatih guru-guru menguasai Modul penguasaan Youtube Studio. Lebih 1,200 Youtuber telah berjaya dilahirkan dengan penerbitan lebih 25,000 video pendidikan di pelantar Youtuber. Usaha ini juga turut mendapat perhatian daripada Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Samsilah Roslan melalui ucapannya dalam liputan Astro Awani berkaitan pembelajaran dari rumah di saat negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
Melancarkan Aplikasi Android Akademi Youtuber untuk memudahkan Pelajar, Guru dan Ibu Bapa mengakses video pendidikan untuk kegunaan anak-anak melalui peranti Android masing-masing.
Melancarkan Aplikasi Kuiz AYU untuk kegunaan pertandingan-pertandingan Kuiz Peringkat Kebangsaan dan turut disajikan kuiz-kuiz mata pelajara bermula pra sekolah hingga matrikulasi untuk latih tubi secara dalam talian percuma untuk para pelajar.
Mengasaskan Fakulti Maya (FMC) sebagai kesinambungan Akademi Youtuber untuk melahirkan lebih banyak 'Modul Penguasaan' yang disusun di dalam sistem pembelajaran dalam talian yang lebih sistematik. Pelantar yang menghimpunkan pelajar dan juga tenaga pengajar dari pelbagai bidang untuk menjadikan dunia pembelajaran digital lebih menarik, meriah dan boleh diakses pada bila-bila masa.
MUHAMMAD SUFFI BIN YUSOF
Edufluencer Kementerian Pendidikan Malaysia
Guru Inspirasi Mc Donald's Malaysia
Ikon Guru Pendidikan Maya Negeri Perak
Ikon Guru Pendidikan Maya Daerah Manjung
Mon, 18 Sep 2023
Mon, 18 Sep 2023
Thu, 24 Aug 2023
Write a public review